11 January, 2012

Cerita Masa Kecil.

15 Peristiwa ringkas semasa kecil.

Kalau nak cerita ianya terlalu banyak.Tetapi aku ada terbaca blog orang(stalk).Dia suruh bagitahu 15 perkara sahaja. So here we go.

i. Peristwa phobia- Aku phobia panjat pokok selepas peristiwa tak berapa nak hitam semasa umur aku 7 tahun. Waktu tu aku dan anak sulung Hong Bu pergi ke kebun buah dan nak panjat pokok manggis. Masa tu musim buah-buahan.
Kami panjat pokok sama-sama tapi yang jatuh hanya aku sorang. Mana adil!!

ii.Peristiwa Hebat-Semasa usia aku 7 tahun juga. Aku dan anak sulung Hong Bu pernah cuba membuat jus. Hebat kan? kecil-kecil dah pandai buat jus. Jus rambutan. Aku ingat lagi cara nak buat.Kami hanya perlukan plain water dan gula. Kami ambil buah rambutan yang manis, buang kulitnya. Senang kan? Dan untuk menjadikannya jus kami hanya perlu masukkan buah rambutan tersebut dalam plain water+ gula. Rasa Jus tu aku malas nak cerita. Cuba la buat sendiri.


iii. Peristiwa Milo~Aku diasuh oleh bini Hong Bu untuk memasak dan buat air sejak kecil lagi. Disebabkan aku seorang saja anak perempuan ketika itu. Aku patuh. Semenjak itu,memang aku saja lah yang selalu buat air. (Masak tu masih bersama bini Hong Bu). Tetapi bini Hong Bu hairan kenapa rumah kami cepat kehabisan milo. Bila beliau tanya aku, aku hanya jawab entah,tak tahu.

Rahsia sebenarnya: Setiap kali aku buat air milo, aku akan makan serbuk milo lebih 3 sudu. Hmmmm.

iv. Peristiwa emo melampau~Aku pernah merajuk kaw-kaw dengan bini Hong Bu. Merajuk bukan biasa-biasa. Yela aku kecil-kecil memang degil dan selalu kena marah.Aku pernah menulis surat dan menconteng di dinding rumah. Aku tak ingat sangat. Tapi yang pastinya aku protes dengan menulis surat dan menyatakan yang

mereka tak sayang aku, kenapa mereka tak adil, minta maaf dan aku nak lari dari rumah.

Lebih kurang bergini bunyinya. Dan aku conteng dinding dekat dengan cermin tingkap aku tulis 'kok benci semua' (saya benci semua). Aku tulis sambil nangis-nangis+ penuh beremosi+membayangkan lagu ziana zain-berpisah jua mengiringi hati yang pilu. Lepas tu aku nak lari dari rumah. Ops bukan lari. Aku hanya berjalan. Tahu aku lari mana?


Belakang rumah saja.Tempat yang diorang tak nampak aku. Bini Hong Bu gelisah cari aku. Tapi aku biarkan saja. Aku menyorok tengah hari tapi petang sikit tu aku dah rasa lapar. Tak tahan lapar sangat aku pun batalkan niat nak menyorok lama-lama. Lagipun tak selesa duduk situ. Balik-balik ja... terus Bini Hong Bu gelak sambil pegang surat aku. -_-'' hmph.

v. Peristiwa bakat terendam~ Aku pernah bermain lastik dengan cara yang agak janggal. Aku tak reti. Sampai sekarang aku masih tak reti. Bermulanya semasa aku berusia umm tak pasti 5 atau 6 tahun. Balik kampung. Mereka semua tahu melastik. Aku pun nak tunjuk kehebatan yang kononnya bakat terpendam. Aku dapat 1 lastik. Apa yang aku buat adalah melastik tepat kena.....
kena kepala sendiri. Hmmmmm.

6. Peristwa senaman pagi~Ok. Aku dah tak ingat nombor roman lepas lima. Anyway, aku dibesarkan dengan penuh peraturan di rumah. Salah satunya, Hong Bu menyuruh aku dan anak sulungnya bersenam setiap pagi. Peristiwa yang aku tak boleh lupa bila suatu pagi dia akan mengejutkan anak sulungnya. Biasalah, mula-mula kenalah anak sulung dulu kan. Dia kejut...kejut. tapi baloqnya(malas) anak sulung dia nak bangun. (aku lagi malas). Hong Bu kejut lagi dengan nada agak marah. Anak sulung dia duduk sambil mata pejam. Hong Bu hilang sabar lalu mengangkat anak sulungnya ke bilik air dan menjirus terus dengan air. Aku terdengar dan terus bangun bersenam dengan semangat.

7. Peristiwa buku lima~Di sekolah(SKKA), aku gangster. Ada budak kenyit mata pada aku, aku hadiahkan dia buku lima.

8. Peristiwa luka berdarah- Di SKKA ,aku dan anak sulung Hong Bu pergi sekolah berbasikal. Kami punyai basikal masing-masing. BMX. Tapi bila aku malas kayuh basikal aku akan jadi pembonceng basikal anak sulung Hong Bu. Jalan sebelum ke sekolah tu memang macam ular kena katoq. Turun naik bukit. Curam pulak tu. Aku suka paksa anak sulung Hong Bu tu bawak laju-laju. Barulah cool kan. Tapi kami jadi tak cool bila turun satu bukit curam ni (dekat rumah uncle Aboon). Tak guna brek pun, akibatnya kami pun jatuh luka berdarah. Bila sampai di rumah kami dipluskan dengan leteran emas Bini Hong Bu dan Hong Bu.

Sekian aku dah malas nak taip~. Sambung esok lusa pula ya. Tata.

No comments: