11 January, 2012

Cerita Masa kecil #2

15 perkara belum lagi habis diceritakan. Semalam aku dah cerita 8 perkara. Setelah penat lelah aku menghitung bakinya dalam bentuk lazim aku sangat yakin ada lagi 7 perkara belum diceritakan. Oh agak banyak tu. Macam biasa, sebelum study/ selepas study aku akan menjenguk blog ini. Alang-alang dah jenguk aku perlu menyelesaikan hutang 7 perkara tersebut.
Mari.

9. Cerita Telefon~ Aku pernah pegang telefon sebesar lengan semasa darjah berapa aku tak ingat. Ya. Sebesar lengan aku. Tak caya, tanyalah anak sulung Hong Bu.Telefon yang mempunyai antena yang boleh dipusing-pusing dan kami rasa tercabar untuk mencari rangkaiannya. Kerana kami perlu memanjat almari atau pergi ke bukit untuk bercakap lebih jelas. Aku rasa inilah telefon yang orang gemar menamakannya sebagai telefon baling ayam. Tetapi aku tak pernah nampak Hong Bu baling ayam walaupun kami pelihara banyak ayam.  Hmm. Entahla apa pun aku rasa jika hp ni dibalingkan pada manusia, manusia itu confirm boleh menetap di ICU.
begini rupanya jika aku tak silap.



10. Peristiwa Gaduh~ Semasa kecil aku setiap hari gaduh dengan anak sulung Hong Bu. Kalau baik-baik pun sekejap saja. Lepastu mesti ada yang tak kena. Antara puncanya ialah permainan. Aku jarang mendapat peluang untuk bermain anak patung aku kerana anak patung aku semua diconquered oleh anak sulung Hong Bu. Anda mesti ingat anak sulung Hong Bu tu ala-ala perempuan sebab main anak patung kan? Anda silap. Beliau gunakan anak patung aku untuk bermain permainan WWF/WWE. Beliau juga hebat kerana anak patung aku yang berwajah feminin itu dijadikan hero aksi seperti Bruice lee atau Jacky chan. Aku tak puas hati, dan aku mulakan pergaduhan sengit.

Anyway, semasa kecil aku tak pernah bermain masak-masak seperti budak lain. Teringin -_-''



11. Peristiwa Curi~ Pasti anda tidak percaya aku pernah mencuri kan? Memang aku pernah. Sekali, semasa aku berumur 8 tahun. Aku balik dari sekolah dan aku gemar singgah dikedai Kak Aney ni.
Aku suka beli gula-gula kelapa dan gula-gula kopiko. Sepuluh sen dapat dua biji. Jadi aku hanya ada 10 sen. Bila aku panggil Kak aney tu dia buat tak tahu ja. Aku tahu la aku kecil masa tu. Tapi bila panggil dia tak dengar aku pun ambil ja 2biji gula-gula tu dan aku bawak balik dengan hati riang. Aku tak bagitahu anak sulung Hong Bu tetapi aku bagitahu Bini Hong Bu. Aku cakap aku cuma ambil aku tak curi.
Apalagi...Memang aku kena pelempang berharga dia la dan dia memaksa aku bayar pada keesokan harinya. Aku ikut arahannya. Tapi masa bayar tu aku tak cakap aku curi. Aku cakap aku lupa bayar.
Berkira kan. 10sen ja kut.


15. Peristiwa ...~ Dah nampak kemalasan yang terlampau untuk aku menceritakan zaman muda-muda aku dulu kan?. Ni mungkin last dah. Aku nak study. Kami (aku dan anak sulung Hong Bu) selalu disamakan dengan Hong Bu. Aku tak suka! Tak suka! Hong Bu tak handsome ok!
Tapi aku ada mata sepet sepertinya,..Hm dan aku perlu akui ada sedikit persamaan yang mana beliau suka akan industri Omputih( Orang putih) seperti The beatles, Jon Bonjovi, Modern talking, scorpion dan juga lagu-lagu rock kapak Melayu. Aku dan anak sulung dia pun suka lagu macam tu. Yang lain tak sama. Kalau ada pun aku tak nak mengaku.


Ok dah. Kita jumpa di lain siri. Mungkin last post aku akhir sem ni.
Sekian renung-renungkan dan selamat beramal~.

No comments: