Aku pun tak pasti kenapa aku kerap post entri yang tak berapa berguna
kebelakangan ni.
Oh mungkin idea aku nak mengarut dan mencarut dah overflow serta mencurah-curah
seperti mencurah ke ladang gandum dan uh jadilah coco-crunch. (ok. takda kena mengena)
Mungkin juga sebab aku terlalu rindukan ahli keluarga Hong Bu yang jauh di mata,
rindukan anak Pakcik Ahmad.
Tapi kalau tengok balik entry lama aku tak cakap pun aku rindu dorang.
Mungkin juga disebabkan waktu kecil aku gemar menconteng dinding
tetapi sering dimarahi dan dicubit oleh Hong Bu dan isterinya.
Jadi, bila besar (sekarang) aku balas dendam dengan menconteng kat blog.
Adil kan?
Apa pun aku seronok menulis di sini walaupun tak ramai yang baca
dan tak ramai yang tahu blog ni.
Ala-ala syok sendiri gitu.
Biasalah, aku ni profil rendah (low profile).
Aku rasa aku dah memesongkan tajuk yang aku nak cakap tadi.
Intro aku terlalu panjang dan tak berguna. Maaf.
Mimpi.
Tadi cerita pasal Gigi. Sebaik sahaja cerita gigi tu habis.
Aku tidur. Dalam tidur aku bermimpi.
Kejadian ini ada kaitan antara realiti dan fantasi.
Bukan akademi fantasia mahupun lagu fantasia bulan madu.
Bukan. Bukan (Jari terlunjuk bergerak ke kiri ke kanan dengan pantas)
Aku cuba ringkaskan mimpi tersebut.
Aku jalan. Jalan jalan jalan.
Tiba-tiba aku nampak semua masyarakat Penang ni
berlari laju gila nak mampus seperti dikejar oleh makhluk yang menakutkan
juga seperti dikejar ombak tsunami.
Yela sekarang kan 2012.Doomsday.
Aku takut dan tanpa bertanya aku berlari sekuat hati.
Masalahnya aku lari lagi laju dari mereka semua.
Aku mendahului mereka walaupun tak tau apa dah jadi.
Lari lari lari. tetiba aku terkejut. Mimpi je.
Nasib. Phew~
TERKEJUT bagai, aku nampak roomate aku berlari masuk bilik
cari barang dan lari keluar semula. Riaknya gelisah.
Aku cemas sebab teringat mimpi bengong tadi. (muka masih cool).
Perlu ka aku berlari macam dalam mimpi tu?
Tak perlu la kan.
Aku malas tanya roomate. Aku bangun pegi mandi.
Sekian cerita Mimpi, fantasi dan realiti.
Tu je la.
Menyesal baca kan.
P/S: Mood: homesick!
No comments:
Post a Comment