31 July, 2012

Happy Fasting

Hai kawan-kawan, lawan-lawan, haiwan-haiwan (Percayalah haiwan main internet, kalau tak percaya try la baca Komik Lawak Kampus)...


Sorry lah lambat pula nak wish Selamat Berpuasa. Dah seminggu lebih baru teringat nak wish. Okay-okay... Selamat berpuasa buat rakan-rakan Muslimku.


Kalau tak puasa, tak perlulah nak berlakon dapat sakit Acute tonsilitis selama 3 minggu. Ingat berlakon macam tu tekak kau orang kiut?? Hah?Hah?
Kena hantar kat hospital betul-betul nanti mengamuk pula sebab takda doctor secantik Emma Stone dan sehandsome  Andrew Garfield. 


Apa-apapun kalau tak puasa tu datang cari aku je. Okay? Bye.

21 July, 2012

Cerita yang haritu tuu.

Aku berjalan bersama saudara-mara aku di kenduri khawin. Ramai orang muda mudi masa tu. Nak dijadikan cerita blog aku ni.. masa aku nak beli air oren, aku dikacau eh bukan dikacau...di..usha..di....eh entah ar di-apa pun aku tak  pasti sebab mula-mula mereka buat bunyi tikus. ciiit ciiit creeet macam tu. Oh sorry, aku memang tak suka tikus. Kena kencing tikus boleh mati o. Jadi, aku buat tak tahu saja. Lepastu mereka panggil-panggil pulak siap hadang tak bagi aku lalu. Aku tak suka! Jadi apa yang aku buat hanyalah jalan pandang bawah dan ikut jalan lain. Terus, dia cakap " Ceh sombong..kalau dah pengkid mana nak layan lelaki. Thats mean dia layan perempuan sahaja la. hahaha.".

Aaa aku bengang. 'Woi, walaupun aku ni berambut pendek, aku bukan pengkid. Aku hanyalah manusia tanpa label. Lagi satu, walaupun aku tak hebat English, tapi setahu aku bukan thats mean. That means la bongok'.

Malangnya aku hanya cakap dalam hati. Pasrah sahaja sebab lidah manusia tak bertulang. Sedangkan jari yang bertulang ni pun orang dah boleh buat ayat macam-macam, inikan pula lidah. Chill sahaja la. =]

15 May, 2012

Hai..("')(^_^)

Mak : Grad nanti kau nak apa, Muimui? 

Aku : MacBook.

Mak : Berapa ringgit? 

Aku : 4 ribu. 

Mak : Buku apa yang mahal macam tu?! Merepek!

07 May, 2012

Twilight.

Home twitter aku masih penuh dengan politics. Masih belum habis lagi mereka berdebat. 
Cuma terfikir..Politics? Poly Tics?
Poly=many. Tics=parasitic insect. Hmmm. 
No comment.


#NP-Thousand Years-Christina Perry.
I am listening to this, thus there is an idea across my mind to write something in my blog. About Twilight. Anyway, aku rasa buku Twilight yang ditulis oleh Stephenie Meyer itu lagi best dari apa yang difilemkan. Yes for me, really. Aku baca sikit-sikit ceritanya sebelum ia diwayangkan. 


But seriously I am not that keen with Twilight's movie. Its lame. I mean it was only attracting me because of the Robert Pattinson yang handsome, gorgeous Taylor Lautner and the beautiful Kristen Stewart. 


Otherwise, I feel everything seemed to fly by so fast! Like, seriously, I was like WHAT??! Edward brings Bella to meet his family already???  and they left out many many important parts. 
I should thank to my friend yang bagi soft copy buku tu that make me realized how lame twilight's movie was.

06 May, 2012

RIP MCA

Tajuk itu boleh menimbulkan controversial. Aku tahu ia bakal menyebabkan sedikit salah faham dan mungkin Chua Soi Lek akan bengang.


Maaflah. Aku ni unpolitical person, aku tak berniat nak mempersendakannya.Its really about the passing of MCA. Adam "MCA" Youch dari kumpulan Beastie Boys telah meninggal dunia. So, Rest In Peace MCA. :)