21 July, 2012

Cerita yang haritu tuu.

Aku berjalan bersama saudara-mara aku di kenduri khawin. Ramai orang muda mudi masa tu. Nak dijadikan cerita blog aku ni.. masa aku nak beli air oren, aku dikacau eh bukan dikacau...di..usha..di....eh entah ar di-apa pun aku tak  pasti sebab mula-mula mereka buat bunyi tikus. ciiit ciiit creeet macam tu. Oh sorry, aku memang tak suka tikus. Kena kencing tikus boleh mati o. Jadi, aku buat tak tahu saja. Lepastu mereka panggil-panggil pulak siap hadang tak bagi aku lalu. Aku tak suka! Jadi apa yang aku buat hanyalah jalan pandang bawah dan ikut jalan lain. Terus, dia cakap " Ceh sombong..kalau dah pengkid mana nak layan lelaki. Thats mean dia layan perempuan sahaja la. hahaha.".

Aaa aku bengang. 'Woi, walaupun aku ni berambut pendek, aku bukan pengkid. Aku hanyalah manusia tanpa label. Lagi satu, walaupun aku tak hebat English, tapi setahu aku bukan thats mean. That means la bongok'.

Malangnya aku hanya cakap dalam hati. Pasrah sahaja sebab lidah manusia tak bertulang. Sedangkan jari yang bertulang ni pun orang dah boleh buat ayat macam-macam, inikan pula lidah. Chill sahaja la. =]

2 comments:

mas said...

wah..dasyat tuduhan yg dilemparkan itu...sabar ya..be cool n smile jer laah...manusia macam2 perangai..

Muimui said...

Tu lah. Cool saja ni. ;)