06 May, 2012

Aku lapar

O-hai. Lama tak mencarut. Aku rindu. Busy? Tak ah. Aku busy body je. 
Sekarang ni pkul 4.33 a.m. Aku tengah makan roti Gardenia + susu full cream Dutch Lady.
Nampak macam aku mengamalkan gaya hidup sihat kan?  Tetapi masalahnya aku masih belum tidur. Ya belum lagi. Aku tak tahu la apa masalah aku, memang kerap tak boleh tidur. Roti dan susu tu baru je aku beli kira-kira jam 2.00a.m tadi kerana aku insan yang kelaparan tahap maksimum dewa-dewi langit ke tujuh puluh tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh tujuh. Seorang. Keluar dengan memakai sweater hitam dengan topi hitam dan seluar pendek hitam. Aku jalan jalan jalan. Aku berhenti di kedai mamak sambil memikirkan apa yang perlu aku makan. Fikir fikir dan fikir,aku tak sedar semua orang yang tengah melayan bola Chelsea vs Liverpool tu semua memandang aku seolah-olah aku yang sedang beraksi dalam perlawanan bola tersebut. Aku tak pasti muka mereka muka tak puas hati atau muka...entah aku tak tahu..

"Dik, tepi sikit... tak nampak,"

Laaa rupanya ku berdiri betul-betul depan screen LCD tu. Patut pun.

"O maaf-maaf."

Aku rasa panas kat pipi. Aku tak nak makan dekat situ dah. Aku berjalan laju-laju menuju 7e beli maggie, roti, susu dan biskut. Kemudian aku pulang. Aku tahu bahayanya pergi keluar dan pulang seorang pepagi buta nak nak aku ni berchromosome XX. Tapi aku tak boleh buat apa, perut aku memberontak meminta makanan.Perut aku buka pub tanpa lesen, takkan aku nak biar sahaja. Ah.. tidak mengapa dan tak perlu risau bagai kerana aku dah selamat pulang tanpa diculik oleh mana-mana lelaki handsome seperti Robert Partinson. Memang tiada.


*****
Aku dah tengok Avengers. Memang awesome sebab ada Ironman. Aku rasa kekurangan.. kenapa mereka tak jemput Peter Parker? Tak cukup kuatkah beliau? Hurm


Battleship pun best juga tapi aku kurang berminat cara Raihana berlakon. Oh demn kenapa bukan aku? 

****
By the way, kepada BFF aku yang sedang bersedih itu, aku harap beliau akan okay dan ceria seperti biasa. Aku faham perasaannya kerana aku juga sepertinya. Terasa hidup makin tunggang langgang tonggeng terbalik. Orang yang tak pernah mengalami memang tak kan faham. . Memang terlalu pedih, terlalu sukar nak lalui, tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan semua orang terutamanya family dan kawan-kawan. Hanya orang-orang tabah seperti kami sahaja boleh teruskan dengan senyuman paksa. Ewah~~ Apa-apa pun ini membuatkan kita menjadi lebih matang dan katang seperti badang . All iz well. #meforeveralone

2 comments:

Anonymous said...

ayat2 last mmg siyes terharu bila baca.. tq darling! <3

Muimui said...

much welcome dear ;)