Memandangkan sekarang aku dalam mood percutian seminggu siang seminggu malam di Hostel USM. Jadi aku tak perlu bagitahu la yang aku ni bosan sebab sebenarnya takda la bosan mana pun. Tiap hari aku ngadap laptop tengok katun joget-joget bontot terutamanya One Piece. Sampaikan aku rasa duration percutian aku perlu ditambah. Perlu!!. Nak update blog pun dah malas walaupun "perlu ke nak update?".
Aku takda berita best sangat sebenarnya nak dikongsi. Cuma terbaru ni akuterbaca something yang menyatakan "tiada DNA syaitan dijumpai dalam air kencing syaitan." Hmm aku malas nak ulas menda gini. Sensitif!
Aaa lagi satu.Semenjak dua menjak ni aku selalu je lalu kat kedai nasi kandar, jadi aku ada nasihat buat kalian. Jika kekasih hati anda itu waiter di kedai nasi kandar elakkan memanggil dia darl(darling) kerana dia mungkin akan jawab "darl ada, kari ada, semua ada."
Oktuje..thxbye.
No comments:
Post a Comment