24 February, 2012

Si Pemarah yang Hodoh bertukar menjadi Puteri Katak

Diam tak diam dah hampir 4 tahun aku ngadap Universiti.
Nak diikutkan aku ni dah super senior.
Super senior sepatutnya rajin mengajar junior-junior mereka.
Tapi tidak bagi aku. Aku hanya akan ajar mereka kalau mereka tanya 1+1 berapa.
Kalau tak kau google lah sendiri.
Tapi aku akui junior-juniorku peramah sangat. 
Ok ni aku nak cerita tentang juniorku yang peramah.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku naik bas.
Seorang. Ya, aku dah biasa seorang.

''Hai kak Vivi, seorang je?''

''Hai. Eh tak, akak berdua je ni . ''

''Eh mana seorang lagi kak?''

''Sebelah akak ni, okay lah dik, akak nak turun dah. Bye'' 


Senyum dan blah.


Aku dah cakap mereka peramah sangat kan. Cuma aku tak dapat bayangkan kalau mereka tanya macam tu pada penolong pendaftar . Mungkinkah soalan ramah boleh buatkan akak tu marah?
Kerana ramah kalau ditonggang terbalikkan akan jadi marah.
Tapi jangan risau aku tak marah,aku ceria saja sebab aku pun kurang pandai mengira seperti mereka. ^_^




ps: Oh ya tajuk atas tu abaikan saja. Aku tak da idea nak letak tajuk apa untuk dicarut dalam blog ni.

No comments: